Thursday 5 November 2015 By: Unknown
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.........
Hari ni saya nak berkongsi serba sedikit tentang bersuci lagi menyucikan untuk diri kita sendiri...

Bersuci  adalah amalan yang sangat dituntut dalam islam , kerana islam menggalakan umatnya sentiasa menjaga kebersihan dan menjauhkan diri dari kekotoran. Kekotoran yang terdiri dari najis akan menyebabkan solat dan ibadat lain tidak diterima oleh Allah. 

Daripada Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah telah melintasi tanah  perkuburan dan datang kepada dua kubur lalu Baginda bersabda
 “sesungguhnya mereka berdua sedang diseksa, mereka diseksa bukan sebab mereka melakukan dosa besar. Salah seorang dari mereka diseksa kerana tidak sampai bersih saat bersuci ketika buang air kecil”. 

Daripada kisah ini jelas kepada kita tentang pentingnya bersuci agar semua amal ibadat kita diterima oleh Allah.

Bersuci bermaksud membersihkan tubuh badan, pakaian dan persekitaran daripada najis dan hadas. Hukum bersuci bagi setiap orang islam yang mukalaf adalah wajib
Dalil naqli bersuci : - 
firman Allah S.W.T dalam SurahAl-Anfal ayat 11 yang bermaksud “ dan ingatlah ketika Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu denganya….”

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 222
yang bermaksud “sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”.

Rasulullah S.A.W bersabda pula “Agama islam itu diasaskan atas kebersihan”




Bahagian-bahagian najis.
Najis terbahagi kepada 3 bahagian :-
  • Najis mughalazoh
  • Najis Mukhafafah
  • Najis Mutawasitah
NAJIS MUGHOLAZAH

----- Anjing ,babi dan keturunannya serta segala yang berkaitan dengan kedua-duanya.
----- Contohnya : Air kencing,Air liur dan Darah
----- Cara menyucikannya : 1) Hilangkan najis yang terkena pada badan, pakaian atau tempat
                                             2) Gunakan air mutlak .Basuh sebanyak 7 kali termasuk satu kali air                                                         bercampur tanah sehingga hilang bau ,warna dan rasa.




NAJIS MUKHOFAFAH

-----Air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur duat tahun kebawah yang hanya minum susu          ibunya.
----- Cara menyucikannya : 1) Hilangkan najis yang terkena pada badan,pakaian atau tempat.
                                             2) Renjiskan air mutlak
                                             3)Lapkan hingga kering





NAJIS MUTAWASITAH

----- Najis selain daripada najis mugholazah dan mukhofafah
----- Cara Menyucikannya : 1) Hilangkan najis yang terkena pada badan,pakaian atau tempat
                                              2) Basuh dengan air mutlak sehingga hilang bau,warna dan rasa




INFO !!!!!!

Antara najis yang di maafkan :
  • Percikan air kencing yang terlalu sedikit dan tidak dapat dilihat oleh mata.
  • Bangkai yang mengalir darahnya atau tidak berdarah seperti lalat dan semut.






Sekian dari saya.....
SELAMAT BERAMAL......
" Lakukan Kebaikan , Jauhi kemungkaran "
wassalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh



8 comments:

Elinizam said...

alhamdulillah...ilmu yang sangat berguna terima kasih nazirahhhhh

azlinakamal said...

Sangat bermanfaat... May Allah accepts all our deeds.. barakallahu alaik..

anis said...

Best,.. Bermanfaat dan menarik..

anis said...

Bagus untuk anak-anak ni, terima kasih..

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian

yusliwati said...

Wow.. sangat menarik

yusliwati said...

Wow.. sangat menarik

Unknown said...

Sepatah kata mei mei upin ipin "saya suka!"...." saya suka! "....

Post a Comment