Friday 13 November 2015 By: Unknown

Resepi Kueh Buah Melaka Ku.....

Assalammualaikum...
macam ada cerita best yang nak saya kongsikan..maklumlah bila nak ujung-ujung cuti sekolah nie macam-macam la program kat sekolah yang nak kena buat..lagi2 bila kite pegang guru krlas darjah 6...
11 September hari usahawan untuk tahun 6 sekolah saya....ermmmm..berlegar-legar lah dalam kepala ni apa la dapat tugasan yang kena buat.Semua guru tahun 6 diarah kan turun untuk mencabut undi apa yang mereka nak niagakan.huhuhuu.....geng kumpulan dah tahu..satu kumpulan seramai 3 orang guru dan diiringi dengan 10 orang murid.Apa lagi..dapatlah tugasan untuk menjual air dan buah potong.Macam-macam jer ada ,yang niaga nasi lemak..kueh mueh,keropok lekor,aiskrim,coklat macam2 lagilah....Feel tu biasae2 jer..maybe kawan2 pun bagi keje ringan2 jer..maklumlah mak buyong la katakan...

Pergi sekolah macam biasa....nak dijadikan cerita tibe2 ada kumpulan yang lain tu salah satu gurunya kena pergi kursus hari usahawan tu.jadi bincang pun ye bincang...sayalah kena masuk kumpulan lain untuk menggantikan ketiadaan guru yang kena pergi kursus tersebut.Nak tahu tak kena jual apa pulak???

Heheheh...kena lah menu bahagian kueh dan mueh tradisionla(xtahu la jadi ape nanti).Maka mulalah memebuat perjumpaan bersama ahli2 yang lain untuk mencari kata sepakat dalam urusan pada hari usahawan tersebut.Bincang punye bincang....sampailah masanya saya ditugaskan untuk memebuat kueh BUAH MELAKA...........BUAH MELAKA.........BUAH MELAKA.

Resepinya macam mana????tu lah..dudlu mak buat dekat dapur xnak tolong..xnak tengok...kahkah..
tapi..macam ingat2 dalam kepala otak nie...ok!! saya cube share kat kawan-kawan semua resepi Buah Melaka Emak saya......hihi

 Bahan-bahan:

3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka
sehelai daun pandan
Pewarna hijau, (tapi nak best mak saya blend daun pandan tue)
1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering( kelapa tu pastikan putih berseri2 tau)
sedikit garam

Cara memasak :

Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalamair rendaman biasa.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!

Antara tips yang nak saya kongikan jugak ialah :
Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya.



Nielah resepinya....
selamat mencuba ye kawan2..sekarang ni saya yang nervous nak buat...takur xjadi jerr..kalu jadi alhamdulillah...tapi kalau tak jadiiii???
ermmm....mana nak ku jualkan..hihihi
sekian!!!
bye2 bye2....

2 comments:

Elinizam said...

Xsempat nk singgah gerai ckgu nazirah...maklumlah jd tokeh gerai jgk time tu...penat x hingattt

Unknown said...

wow!!!sedapnya..mohon bawak dkt kls naaaa..hehehe :-)

Post a Comment