Sunday 15 November 2015 By: Unknown

Syahadah



KALIMAH SYAHADAH


Ia adalah satu pengakuan dan penjelasan ikrar daripada seorang hamba untuk bertuhankan Allah dan bernaqibkan Nabi Muhammad SAW .Ia adalah garis pemisah antara yang batil dan yang hak.       Syed Qutb menjelaskan :
Sesungguhnya  ciri pertama yang memebezakan tabiat ( masyarakat islam ) ialah masyarakat yang tegak di atas dasar mengabdikan diri hanya kepada Allah di dalam semua perkara dan semua urusan perhambaan ini dilambang dan dibentuk oleh syahadah,( sesungguhnya tidak ada tuhan yang disembah kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad SAW itu pesuruh Allah )

Firman Allah SWT :
Ertinya :
" Dan kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik),lalu kami jadikan dia terbang sebagai debu yang berterbangan ."

Dr Abdul karim Zaidan menjelaskan bahawa al-syahadah beerti pengakuan ,pemberitahuan dan keterangan (pernyataan).Sebab itulah orang yang menyaksikan sesuatu peristiwa itu dinamakan saksi,kerana dia memberitahu apa yang diketahuinya,baik dengan secara perkataan mahupun dalam bentuk perbuatan.

Ustaz Sulaiman Yasin menyatakan syahadah ilaha lafaz yang khusus diucapakan oleh seseorang untuk mengkhabarkan apa yang berlaku dalam diri seorang tentang ilmu atau keyakinan akan wujudnya zat Allah,ketunggalan dan keesaan Allah,juga tentang kebenaran rasul dan kebenaran apa yang disampaikan.

Dengan ini pengertian syahadah ialah pengakuan ,pemberitahuan ,pengiktirafan,menerangkan dan menjelaskan mengenai keyakinan kepada Allah yang wajib disembah dan mengakui bahawa Muhammad ialah pesuruh Allah.


0 comments:

Post a Comment