Friday 13 November 2015 By: Unknown

Perbezaan diantara solat lelaki dan solat perempuan

Terdapat enam perkara yang berbeza ketika mengerjakan solat diantara solat lelaki dengan solat perempuan iaitu :-




  1. Semasa Takbiratul Ihram : Lelaki mengangkat kedua tangan hingga nampak ketiak dan tinggi hingga kedua ibu jari bersetentang dengan cuping telinga ,manakala perempuan mengangkat kedua tangan hingga hujung jari bersetentang dengan culing telinga.
  2. Semasa ruku' dan sujud : Lelaki merenggangkan dua lengan daripada dua lambungnya,tetapi perempuan merapatkan kedua lengan dengan kedua lambungnya.
  3. Semasa ruku' dan sujud : Lelaki mengangkat perutnya daripada dua pahanya ,tetapi perempuan merapatkan perutnya dengan pahanya.
  4. Bacaan dalam solat : Lelaki menyaringkan suara bacaan pada tempat yang nyaring,teapi perempuan memeperlahankan bacaannya ketika ada lelaki yang ajnabi ( lelaki yang bukan muhrimnya ) berhampiran dengannya.
  5. Apabila memeperingatkan sesuatu ketika solat berjemaah ,( Imam lupa sesuatu ),lelaki hendaklah mengucapkan tasbih ( subhanallah ) ,tetapi perempuan hendaklah menepuk tangan kanan ke atas belakang tapak tangan kiri.
  6. Aurat ketika solat : Bagi lelaki dan hamba perempuan ,aurat yang wajib ditutup ialah anggota badan yang diantara pusat dan lutut,manakala bagi perempuan ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangannya



Sumber dari buku :

Panduan lengkap ibadah solat ; http://www.darulnuman.com

3 comments:

Elinizam said...

Wonderful information. .tq

Unknown said...

info yang baik..teruskan buat blog lagi...kihkihkih :-)

Unknown said...

info yang baik..teruskan buat blog lagi...kihkihkih :-)

Post a Comment