Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.........
Hari ni saya nak berkongsi serba sedikit tentang bersuci lagi menyucikan untuk diri kita sendiri...
Bersuci adalah amalan yang sangat dituntut dalam islam , kerana islam menggalakan umatnya sentiasa menjaga kebersihan dan menjauhkan
diri dari kekotoran. Kekotoran yang terdiri dari najis akan menyebabkan solat
dan ibadat lain tidak diterima oleh Allah.
Daripada Ibnu Abbas r.a meriwayatkan
bahawa Rasulullah S.A.W telah telah melintasi tanah perkuburan dan
datang kepada dua kubur lalu Baginda bersabda
“sesungguhnya mereka berdua
sedang diseksa, mereka diseksa bukan sebab mereka melakukan dosa besar. Salah
seorang dari mereka diseksa kerana tidak sampai bersih saat bersuci ketika
buang air kecil”.
Daripada kisah ini jelas kepada kita tentang pentingnya
bersuci agar semua amal ibadat kita diterima oleh Allah.
Bersuci bermaksud membersihkan tubuh badan, pakaian dan
persekitaran daripada najis dan hadas. Hukum bersuci bagi setiap orang islam
yang mukalaf adalah wajib.
Dalil naqli bersuci : -
firman Allah S.W.T dalam SurahAl-Anfal ayat 11 yang bermaksud “ dan ingatlah ketika Dia menurunkan kepada
kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu denganya….”
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 222
yang bermaksud “sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”.
Rasulullah S.A.W bersabda pula “Agama islam itu diasaskan atas
kebersihan”
Bahagian-bahagian najis.
Najis terbahagi kepada 3 bahagian :-
- Najis mughalazoh
- Najis Mukhafafah
- Najis Mutawasitah
NAJIS MUGHOLAZAH
----- Anjing ,babi dan keturunannya serta segala yang berkaitan dengan kedua-duanya.
----- Contohnya : Air kencing,Air liur dan Darah
----- Cara menyucikannya : 1) Hilangkan najis yang terkena pada badan, pakaian atau tempat
2) Gunakan air mutlak .Basuh sebanyak 7 kali termasuk satu kali air bercampur tanah sehingga hilang bau ,warna dan rasa.
NAJIS MUKHOFAFAH
-----Air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur duat tahun kebawah yang hanya minum susu ibunya.
----- Cara menyucikannya : 1) Hilangkan najis yang terkena pada badan,pakaian atau tempat.
2) Renjiskan air mutlak
3)Lapkan hingga kering
----- Cara menyucikannya : 1) Hilangkan najis yang terkena pada badan,pakaian atau tempat.
2) Renjiskan air mutlak
3)Lapkan hingga kering
----- Najis selain daripada najis mugholazah dan mukhofafah
----- Cara Menyucikannya : 1) Hilangkan najis yang terkena pada badan,pakaian atau tempat
2) Basuh dengan air mutlak sehingga hilang bau,warna dan rasa
INFO !!!!!!
Antara najis yang di maafkan :
- Percikan air kencing yang terlalu sedikit dan tidak dapat dilihat oleh mata.
- Bangkai yang mengalir darahnya atau tidak berdarah seperti lalat dan semut.
Sekian dari saya.....
SELAMAT BERAMAL......
" Lakukan Kebaikan , Jauhi kemungkaran "
wassalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
8 comments:
alhamdulillah...ilmu yang sangat berguna terima kasih nazirahhhhh
Sangat bermanfaat... May Allah accepts all our deeds.. barakallahu alaik..
Best,.. Bermanfaat dan menarik..
Bagus untuk anak-anak ni, terima kasih..
Terima kasih atas perkongsian
Wow.. sangat menarik
Wow.. sangat menarik
Sepatah kata mei mei upin ipin "saya suka!"...." saya suka! "....
Post a Comment