Thursday 19 November 2015 0 comments By: Unknown

SOLAT BERJEMAAH


FARDHU KHIFAYAH



Solat berjemaah bagi solat fardhu lima waktu ,hukumnya " fardhu Khifayah " ke atas orang islam lelaki dalam satu-satu kawasan perkampungan atau perumahan.

Bagi menyempurnakan menyempurnakan fardhu khifayah itu, hendaklah didirikan solat berjemaah setiap waktu di kawasan tersebut ,sama ada di surau ,di masjid , atau dirumah.

Jika dalam satu kawasan perkampungan itu tiada umat Islam yang mendirikan solat berjemaah setiap waktu,maka berdosalah sekalian orang islam lelaki di kawasan perkampungan atau perumahan tersebut.Sebaliknya ,jika ada beberapa orang yang mengerjakan solat berjemaah itu maka terlpeaslah dosa semuanya.



Sunat Muakkad

Bagi setiap orang Islam pula,solat berjemaah adalah sunat muakkad-sunat yang dikuatkan atau digalakkan.Selain daripada mendapat ganjaran yang banyak ,solat berjemaah mengandungi hikmah meningkatkan syariat Islam disampingf memperteguhkan perpaduan ummah.

Kelebihan 27 Kali Ganda

Mereka yang mengerjakan solat berjemaah mendapat kelebihan ganjaran atau pahala sebanyak 27 kali ganda dari solat bersendirian sebagaimana Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud :

" Solat berjemaah itu lebih afdhal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda "
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar








**Sumber daripada :
Hj Johari Bin Haji Alias
Panduan Lengkap Ibadah Solat


" Selamat Beramal "









Sunday 15 November 2015 0 comments By: Unknown

Syahadah



KALIMAH SYAHADAH


Ia adalah satu pengakuan dan penjelasan ikrar daripada seorang hamba untuk bertuhankan Allah dan bernaqibkan Nabi Muhammad SAW .Ia adalah garis pemisah antara yang batil dan yang hak.       Syed Qutb menjelaskan :
Sesungguhnya  ciri pertama yang memebezakan tabiat ( masyarakat islam ) ialah masyarakat yang tegak di atas dasar mengabdikan diri hanya kepada Allah di dalam semua perkara dan semua urusan perhambaan ini dilambang dan dibentuk oleh syahadah,( sesungguhnya tidak ada tuhan yang disembah kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad SAW itu pesuruh Allah )

Firman Allah SWT :
Ertinya :
" Dan kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik),lalu kami jadikan dia terbang sebagai debu yang berterbangan ."

Dr Abdul karim Zaidan menjelaskan bahawa al-syahadah beerti pengakuan ,pemberitahuan dan keterangan (pernyataan).Sebab itulah orang yang menyaksikan sesuatu peristiwa itu dinamakan saksi,kerana dia memberitahu apa yang diketahuinya,baik dengan secara perkataan mahupun dalam bentuk perbuatan.

Ustaz Sulaiman Yasin menyatakan syahadah ilaha lafaz yang khusus diucapakan oleh seseorang untuk mengkhabarkan apa yang berlaku dalam diri seorang tentang ilmu atau keyakinan akan wujudnya zat Allah,ketunggalan dan keesaan Allah,juga tentang kebenaran rasul dan kebenaran apa yang disampaikan.

Dengan ini pengertian syahadah ialah pengakuan ,pemberitahuan ,pengiktirafan,menerangkan dan menjelaskan mengenai keyakinan kepada Allah yang wajib disembah dan mengakui bahawa Muhammad ialah pesuruh Allah.


Friday 13 November 2015 3 comments By: Unknown

Perbezaan diantara solat lelaki dan solat perempuan

Terdapat enam perkara yang berbeza ketika mengerjakan solat diantara solat lelaki dengan solat perempuan iaitu :-




  1. Semasa Takbiratul Ihram : Lelaki mengangkat kedua tangan hingga nampak ketiak dan tinggi hingga kedua ibu jari bersetentang dengan cuping telinga ,manakala perempuan mengangkat kedua tangan hingga hujung jari bersetentang dengan culing telinga.
  2. Semasa ruku' dan sujud : Lelaki merenggangkan dua lengan daripada dua lambungnya,tetapi perempuan merapatkan kedua lengan dengan kedua lambungnya.
  3. Semasa ruku' dan sujud : Lelaki mengangkat perutnya daripada dua pahanya ,tetapi perempuan merapatkan perutnya dengan pahanya.
  4. Bacaan dalam solat : Lelaki menyaringkan suara bacaan pada tempat yang nyaring,teapi perempuan memeperlahankan bacaannya ketika ada lelaki yang ajnabi ( lelaki yang bukan muhrimnya ) berhampiran dengannya.
  5. Apabila memeperingatkan sesuatu ketika solat berjemaah ,( Imam lupa sesuatu ),lelaki hendaklah mengucapkan tasbih ( subhanallah ) ,tetapi perempuan hendaklah menepuk tangan kanan ke atas belakang tapak tangan kiri.
  6. Aurat ketika solat : Bagi lelaki dan hamba perempuan ,aurat yang wajib ditutup ialah anggota badan yang diantara pusat dan lutut,manakala bagi perempuan ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangannya



Sumber dari buku :

Panduan lengkap ibadah solat ; http://www.darulnuman.com

Resepi Kueh Buah Melaka Ku.....

Assalammualaikum...
macam ada cerita best yang nak saya kongsikan..maklumlah bila nak ujung-ujung cuti sekolah nie macam-macam la program kat sekolah yang nak kena buat..lagi2 bila kite pegang guru krlas darjah 6...
11 September hari usahawan untuk tahun 6 sekolah saya....ermmmm..berlegar-legar lah dalam kepala ni apa la dapat tugasan yang kena buat.Semua guru tahun 6 diarah kan turun untuk mencabut undi apa yang mereka nak niagakan.huhuhuu.....geng kumpulan dah tahu..satu kumpulan seramai 3 orang guru dan diiringi dengan 10 orang murid.Apa lagi..dapatlah tugasan untuk menjual air dan buah potong.Macam-macam jer ada ,yang niaga nasi lemak..kueh mueh,keropok lekor,aiskrim,coklat macam2 lagilah....Feel tu biasae2 jer..maybe kawan2 pun bagi keje ringan2 jer..maklumlah mak buyong la katakan...

Pergi sekolah macam biasa....nak dijadikan cerita tibe2 ada kumpulan yang lain tu salah satu gurunya kena pergi kursus hari usahawan tu.jadi bincang pun ye bincang...sayalah kena masuk kumpulan lain untuk menggantikan ketiadaan guru yang kena pergi kursus tersebut.Nak tahu tak kena jual apa pulak???

Heheheh...kena lah menu bahagian kueh dan mueh tradisionla(xtahu la jadi ape nanti).Maka mulalah memebuat perjumpaan bersama ahli2 yang lain untuk mencari kata sepakat dalam urusan pada hari usahawan tersebut.Bincang punye bincang....sampailah masanya saya ditugaskan untuk memebuat kueh BUAH MELAKA...........BUAH MELAKA.........BUAH MELAKA.

Resepinya macam mana????tu lah..dudlu mak buat dekat dapur xnak tolong..xnak tengok...kahkah..
tapi..macam ingat2 dalam kepala otak nie...ok!! saya cube share kat kawan-kawan semua resepi Buah Melaka Emak saya......hihi

 Bahan-bahan:

3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka
sehelai daun pandan
Pewarna hijau, (tapi nak best mak saya blend daun pandan tue)
1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering( kelapa tu pastikan putih berseri2 tau)
sedikit garam

Cara memasak :

Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalamair rendaman biasa.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!

Antara tips yang nak saya kongikan jugak ialah :
Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya.



Nielah resepinya....
selamat mencuba ye kawan2..sekarang ni saya yang nervous nak buat...takur xjadi jerr..kalu jadi alhamdulillah...tapi kalau tak jadiiii???
ermmm....mana nak ku jualkan..hihihi
sekian!!!
bye2 bye2....
Thursday 5 November 2015 8 comments By: Unknown
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.........
Hari ni saya nak berkongsi serba sedikit tentang bersuci lagi menyucikan untuk diri kita sendiri...

Bersuci  adalah amalan yang sangat dituntut dalam islam , kerana islam menggalakan umatnya sentiasa menjaga kebersihan dan menjauhkan diri dari kekotoran. Kekotoran yang terdiri dari najis akan menyebabkan solat dan ibadat lain tidak diterima oleh Allah. 

Daripada Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah telah melintasi tanah  perkuburan dan datang kepada dua kubur lalu Baginda bersabda
 “sesungguhnya mereka berdua sedang diseksa, mereka diseksa bukan sebab mereka melakukan dosa besar. Salah seorang dari mereka diseksa kerana tidak sampai bersih saat bersuci ketika buang air kecil”. 

Daripada kisah ini jelas kepada kita tentang pentingnya bersuci agar semua amal ibadat kita diterima oleh Allah.

Bersuci bermaksud membersihkan tubuh badan, pakaian dan persekitaran daripada najis dan hadas. Hukum bersuci bagi setiap orang islam yang mukalaf adalah wajib
Dalil naqli bersuci : - 
firman Allah S.W.T dalam SurahAl-Anfal ayat 11 yang bermaksud “ dan ingatlah ketika Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu denganya….”

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 222
yang bermaksud “sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”.

Rasulullah S.A.W bersabda pula “Agama islam itu diasaskan atas kebersihan”




Bahagian-bahagian najis.
Najis terbahagi kepada 3 bahagian :-
  • Najis mughalazoh
  • Najis Mukhafafah
  • Najis Mutawasitah
NAJIS MUGHOLAZAH

----- Anjing ,babi dan keturunannya serta segala yang berkaitan dengan kedua-duanya.
----- Contohnya : Air kencing,Air liur dan Darah
----- Cara menyucikannya : 1) Hilangkan najis yang terkena pada badan, pakaian atau tempat
                                             2) Gunakan air mutlak .Basuh sebanyak 7 kali termasuk satu kali air                                                         bercampur tanah sehingga hilang bau ,warna dan rasa.




NAJIS MUKHOFAFAH

-----Air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur duat tahun kebawah yang hanya minum susu          ibunya.
----- Cara menyucikannya : 1) Hilangkan najis yang terkena pada badan,pakaian atau tempat.
                                             2) Renjiskan air mutlak
                                             3)Lapkan hingga kering





NAJIS MUTAWASITAH

----- Najis selain daripada najis mugholazah dan mukhofafah
----- Cara Menyucikannya : 1) Hilangkan najis yang terkena pada badan,pakaian atau tempat
                                              2) Basuh dengan air mutlak sehingga hilang bau,warna dan rasa




INFO !!!!!!

Antara najis yang di maafkan :
  • Percikan air kencing yang terlalu sedikit dan tidak dapat dilihat oleh mata.
  • Bangkai yang mengalir darahnya atau tidak berdarah seperti lalat dan semut.






Sekian dari saya.....
SELAMAT BERAMAL......
" Lakukan Kebaikan , Jauhi kemungkaran "
wassalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh